Rizab BNM kekal pada AS$111.1 bilion - Utusan Malaysia

Rizab BNM kekal pada AS$111.1 bilion

1mdb
MPC memutuskan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas setelah mengambil kira prospek pertumbuhan dalam negara yang terus berdaya tahan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) kekal pada AS$111.1 bilion (RM469.398 bilion) setakat 15 Julai lalu.

“Paras rizab memadai untuk membiayai 8 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek,” katanya dalam kenyataan.

Menurut bank pusat itu, komponen utama rizab merangkumi mata wang asing berjumlah AS$102.2 bilion (RM431.795 bilion), Tabung Kewangan Antabangsa (IMF) AS$1.4 bilion (RM5.917 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$1.2 bilion (RM5.072 bilion), emas AS$2.2 bilion (RM9.298 bilion) dan aset lain AS$4.1 bilion (RM17.329 bilion).

Aset BNM pula terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR berjumlah RM461.822 bilion; kertas kerajaan Malaysia (RM11.224 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.362 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM20.467 bilion), tanah dan bangunan (RM4.163 bilion) dan aset-aset lain (RM16.291 bilion).

Sementara itu, modal dan liabiliti pula terdiri daripada modal berbayar sebanyak (RM100 juta), rizab (RM183.255 bilion), mata wang dalam edaran (RM142.790 bilion), depositi oleh institusi kewangan (RM144.370 bilion), deposit oleh Kerajaan Persekutuan (RM12.786 bilion), deposit lain-lain (RM9.776 bilion).

Lain-lain liabiti adalah kertas Bank Negara (RM9.136 bilion), peruntukan Hak Pengeluaran Khas (RM7.979 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM5.136 bilion), jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×