Warisan rahsia kerjasama - Utusan Malaysia

Warisan rahsia kerjasama

WARISAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Warisan Sabah (Warisan) memilih untuk tidak berkongsi maklumat dengan parti mana ia akan bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, beliau akan mendedahkan perkara tersebut apabila tiba masa sesuai untuk berbuat demikian.

Katanya, terlalu banyak strategi yang perlu dirangka sebelum benar-benar bersedia memutuskan bekerjasama parti kerajaan sedia ada atau pembangkang.

“Nantilah… nanti saya cerita kemudian. Perjalanannya masih panjang. Bukan sekarang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sebelum ini, portal berita tempatan melaporkan Warisan didakwa bekerjasama dengan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, portal itu didakwa melaporkan wujud satu pakatan baharu antara PN, Pakatan Harapan (PH) dan Warisan selain Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan dilantik menerajui jawatankuasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam kerajaan.

Bagaimanapun, Mohd. Shafie kelmarin menafikan adanya kerjasama antara kedua-dua parti dan menyifatkan laporan ber­kenaan sebagai tidak benar.

Untuk memenangi pilihan raya umum seterusnya dan membentuk kerajaan baharu di peringkat negeri dan Persekutuan, Warisan tidak mampu bertanding secara solo melainkan mesti bekerjasama dengan entiti lain daripada kerajaan, pembangkang atau blok bebas.

Sementara itu, Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong turut senada dengan Mohd. Shafie.

“Sabarlah dulu… kita akan maklum balas apabila tiba masanya nanti,” kata ahli Parlimen Tanjung Aru itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN