Dr Chandra Muzaffar meninggal dunia pada usia 79 tahun - Utusan Malaysia

Dr Chandra Muzaffar meninggal dunia pada usia 79 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Cendekiawan sains politik, Dr Chandra Muzaffar meninggal dunia hari ini, pada usia 79 tahun.

Berita itu disahkan cucunya yang dihubungi sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Allahyarham dikejarkan ke hospital kerana masalah jantung dan disahkan meninggal dunia sekitar jam 6 petang tadi.

Berita pemergian tokoh akademik dan penganalisis politik itu juga disahkan pegawainya ketika dihubungi hari ini.

“Ya betul (Dr Chandra sudah meninggal). Nanti saya akan hantarkan maklumat lanjut,” katanya.

Pemergian Allahyarham turut dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook yang memetik kenyataan Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST), organisasi yang dipimpinnya sebagai presiden.

Menerusi kenyataan itu, JUST menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Chandra dan memaklumkan butiran lanjut berhubung urusan pengebumian akan diumumkan sebaik sahaja maklumat berkenaan diperoleh.

“Dengan penuh rasa dukacita, kami ingin memaklumkan mengenai pemergian Dr Chandra Muzaffar, Presiden JUST.

“Kami amat berdukacita atas pemergian beliau dan akan memaklumkan butiran lanjut berhubung urusan pengebumian sebaik sahaja maklumat berkenaan diperoleh.

“Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan keberkatan ke atas roh Allahyarham serta menempatkan beliau dalam kalangan orang yang soleh,” katanya.

Chandra antara individu penting penubuhan PKR, dan pernah menjawat jawatan sebagai Naib Presiden itu.

Selain dikenali sebagai aktivis hak asasi manusia, Chandra juga banyak menyumbang dalam bidang keadilan sosial, dialog antara agama dan hubungan antara peradaban.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini