Suami Presiden Tanzania meninggal dunia - Utusan Malaysia

Suami Presiden Tanzania meninggal dunia

HAFIDH AMEIR HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAR ES SALAAM: Suami Presiden Tanzania, Samia Suluhu Hassan meninggal dunia pada Isnin ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Zanzibar, menurut seorang pegawai.

Samia  menjadi pemimpin Tanzania pada 2021 selepas kematian pemimpin autoritarian, John Magufuli dan memenangi pilihan raya kebangsaan tahun lalu dengan 98 peratus undi.

Ia merupakan pilihan raya yang dikritik pemerhati antarabangsa susulan tindakan keras berdarah terhadap tunjuk perasaan.

Suami Samia, Hafidh Ameir Hassan meninggal dunia di Hospital Mzena di Zanzibar, tempat beliau menerima rawatan bagi masalah jantung, menurut Naib Presiden, Deogratius Ndejembi.

Dalam klip video ringkas yang dikongsi di akaun X kepresidenan Tanzania, Ndejembi menyampaikan ucapan takziah dan berkata, persiapan pengebumian sedang dijalankan di Kizimkazi, selatan negara itu.

Hafidh  yang tidak gemar tampil di khalayak ramai berkahwin dengan presiden itu pada 1978. Pasangan tersebut mempunyai empat orang anak, dua daripadanya turut dikenali umum.

Anak perempuan mereka, Wanu Hafidh Ameir ialah Ahli Parlimen Tanzania yang mewakili sebuah kawasan pilihan raya di Zanzibar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×