Bapa maut selamatkan anak di gunung bersalji

Bapa maut selamatkan anak di gunung bersalji

GUILLERMO BATRES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Seorang lelaki berusia 44 tahun maut selepas terjatuh kira-kira 152 meter ketika cuba membantu anak lelakinya melepasi kawasan laluan gunung yang dilitupi ais di selatan California.

Menurut Leftenan Jabatan Syerif Daerah Los Angeles, Steve De Jong, mangsa, Guillermo Batres yang juga seorang pendaki tegar memulakan pendakian ke puncak Gunung Baden-Powell di banjaran San Gabriel pada pagi Ahad bersama anak lelakinya yang masih remaja.

Batres sempat merakam video pada Ahad yang menunjukkan laluan gunung dilitupi salji dengan pokok-pokok pain menghijau di sekelilingnya. Isterinya bagaimanapun berpatah balik lebih awal ketika pendakian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam rakaman yang diperoleh akhbar Los Angeles Times, anaknya, Sebastián kelihatan memegang tongkat pendakian sambil tersenyum kecil di sebalik jaket tebal yang menutupi sebahagian wajahnya.

Rakaman itu terhenti secara tiba-tiba ketika Batres mengingatkan anaknya supaya berhati-hati dalam bahasa Sepanyol.

Menurut De Jong, Sebastián tergelincir menuruni cerun bukit sebelum berpaut pada sebatang pokok.

Batres cuba membantu anaknya, namun turut tergelincir di permukaan berais sebelum terjatuh menuruni gunung ke dalam gaung.

Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Los Angeles mengesahkan Batres meninggal dunia akibat kecederaan parah pada tubuh dalam kejadian itu.

Dua pendaki yang melalui kawasan berkenaan selepas kejadian membantu Sebastián memasang alat pencengkam ais pada kasutnya sebelum membawanya ke tempat selamat.

Anak saudara Batres, Jennifer Morse menerusi laman GoFundMe berkata, keluarganya masih terkejut, bersedih dengan kehilangan tragis itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini