Lelaki miliki 53 rekod lampau ditahan kes pecah rumah

Lelaki miliki 53 rekod lampau ditahan kes pecah rumah

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki yang mempunyai 53 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah antara lima individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes pecah rumah di sekitar bandar raya ini.

Suspek utama berusia 38 tahun itu ditahan pada Rabu lalu oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata, semakan mendapati lelaki itu mempunyai 39 rekod jenayah dan 14 rekod berkaitan dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tangkapan terhadap lelaki itu dibuat susulan kejadian pecah rumah pada 11 September lalu membabitkan kehilangan barangan berharga termasuk barang kemas dan jam tangan.

“Susulan itu, operasi mengesan suspek digerakkan sebelum dia berjaya diberkas bersama empat yang yang lain termasuk dua wanita berusia antara 29 hinggga 55 tahun,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine ketika ditahan dalam Operasi (Op) Pintu.

Menurut beliau, dalam operasi itu, pihaknya turut merampas dua resit pertukaran mata wang, enam resit urus niaga barang kemas dan sebuah telefon bimbit yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek utama disyaki terbabit dalam kejadian pecah rumah berkenaan manakala empat lagi individu dipercayai berperanan menguruskan jual beli barangan yang disyaki hasil kegiatan jenayah.

“Suspek utama itu juga dipercayai terlibat dalam satu kes pecah rumah dan curi kabel di daerah Ipoh.

“Lelaki itu kini ditahan reman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini