Kehadiran ramai polis di KLCC untuk tujuan latihan simulasi

Kehadiran ramai polis di KLCC untuk tujuan latihan simulasi

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran ramai anggota polis di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), semalam adalah bagi menjalankan latihan simulasi kecemasan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, latihan berkenaan membabitkan beberapa senario kecemasan yang disimulasikan bagi menguji keupayaan anggota dalam menangani insiden berisiko tinggi.

Beliau berkata, latihan itu turut menguji kecekapan anggota dalam melaksanakan tindakan segera, kawalan kawasan serta pengurusan keselamatan orang awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketua Polis Daerah Dang Wangi bertindak sebagai Group Commander dalam menggerakkan sumber manusia dan aset operasi serta memastikan setiap tindakan di lapangan dilaksanakan dengan pantas, teratur dan berkesan.

“Simulasi yang dijalankan memperlihatkan kerjasama erat dan sinergi operasi antara IPD Dang Wangi dengan agensi sahabat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, latihan itu turut membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Jelasnya, kesepaduan tindakan, perkongsian kepakaran dan penyelarasan sumber antara agensi menjadi tunjang utama bagi memastikan setiap insiden dapat ditangani secara bersepadu, sistematik dan berkesan.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan tiada kejadian serangan sebenar berlaku seperti yang mungkin ditanggapi orang ramai susulan penularan hantaran berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berkaitan tanda tanya orang ramai berkaitan suasana kecoh yang berlaku di sekitar KLCC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini