Sijil anggapan kematian mangsa tragedi Nepal dijangka dikeluar Disember

Sijil anggapan kematian mangsa tragedi Nepal dijangka dikeluar Disember

R. RAMANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sijil anggapan kematian mangsa tragedi banjir dan tanah runtuh di Nepal dijangka dikeluarkan seawal Disember ini selepas Kementerian Luar menerima dokumen berkaitan daripada pihak berkuasa negara berkenaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan proses pengeluaran sijil berkenaan sebaik sahaja menerima dokumen pengesahan daripada Kerajaan Nepal.

“Saya dapat kepastian daripada Ketua Pengarah JPN (Datuk Badrul Hisham Alias) bahawa sebaik sahaja dokumentasi dikeluarkan Kementerian Luar yang diterima daripada pihak Nepal, beliau bersedia untuk keluarkan secepat mungkin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menjangkakan proses itu dapat diselesaikan seawal Disember,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan kepada Keluarga Mangsa Banjir dan Tanah Runtuh di Nepal di Menara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, Pengasas Bersama Solidariti Malaysia: Keluarga Dalam Harapan (MASFIH) Dr Manivannan Rethinam serta ahli keluarga mangsa.

Pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata urusan pengisytiharan anggapan kematian 54 rakyat Malaysia yang hilang dalam tragedi banjir di Nepal tertakluk sepenuhnya kepada prosedur perundangan dan mekanisme pentadbiran negara itu.

Beliau berkata JPN hanya boleh mengeluarkan sijil kematian rasmi di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) selepas pihak berkuasa di lokasi insiden mengeluarkan pengesahan terlebih dahulu.- BERNAMA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini