Bersatu tidak bertanding PRN Sarawak

Bersatu tidak bertanding PRN Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan tidak bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali berkata, Bersatu mengikuti perkembangan politik semasa di Sarawak yang memberi tumpuan kepada kestabilan, keharmonian pelbagai kaum, dan pembangunan ekonomi yang lestari.

“Sehubungan dengan itu, Bersatu telah mengambil ketetapan untuk tidak menyertai PRN Sarawak ke-13,” menurut kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, Bersatu Sarawak akan terus berusaha memperkukuhkan asas perjuangan Bersatu sebagai wahana untuk memberi khidmat kepada rakyat Sarawak.”

Bersatu menyusuli langkah beberapa parti lain untuk tidak menyertai PRN Sarawak, selepas PKR, Amanah, Pas, Wawasan dan Barisan Nasional.

Bersatu mempunyai seorang wakil rakyat di Sarawak, iaitu Ahli Parlimen Saratok Ali Biju. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini