Shuhaily janji lindungi pegawai AKPS dedah salah laku bos

Shuhaily janji lindungi pegawai AKPS dedah salah laku bos

Lindungi AKPS
MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pegawai wa­nita Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang mendedahkan kegiatan sa­lah laku pegawai atasannya akan dilindungi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, beliau memberi jaminan itu sambil menyifatkan tindakan pegawai berkenaan sebagai berani dan wajar dihargai selain menjadi titik permulaan kepada perubahan budaya kerja serta integriti dalam AKPS.

Katanya, AKPS komited mem­berikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membongkar kemungkinan rangkaian lebih besar dalam kegiatan penyeludupan migran susulan kes berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berharap pihak PDRM dapat merungkai rang­kaian yang lebih besar daripada pe­nang­ka­pan pegawai ini dan saya bersedia untuk bekerjasama dengan PDRM dalam isu sedemikian.

“Tangkap berapa ramai yang perlu ditangkap. Saya rasa rak­yat Malaysia sudah cukup muak dengan kegiatan seperti itu,” ka­tanya selepas Majlis Penajaan Inisiatif Sang Perkasa, di sini, semalam.

Pada 17 November lalu, seorang pegawai AKPS ditahan ke­rana disyaki terlibat dalam ke­giatan membawa masuk warga asing tanpa dokumen sah melalui kaunter Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Sepang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26B(d) Akta Antipemer­dagangan Orang dan Antipe­nye­ludupan Migran 2007 (ATI­PSOM).

Mohd. Shuhaily berkata, pe­nahanan itu dilakukan selepas seorang pegawai wanita AKPS menyedari tindakan pegawai atasannya yang didakwa me­lakukan sesuatu di luar prosedur ditetapkan.

Beliau berkata, kes itu tidak boleh dipandang ringan kerana kegiatan sedemikian berpotensi melibatkan kegiatan percaturan kaunter atau counter setting.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut me­ngenai modus operandi kes berkenaan kerana siasatan ma­sih berjalan.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana siasatan sedang di­jalankan. Saya hanya boleh men­jelaskan mengenai pegawai saya dan keberanian beliau,” jelasnya.

“Keberanian seperti ini perlu dihargai dan dihormati kerana hanya seorang individu boleh me­ngubah apa yang berlaku di lapangan.

“Beliau berani tampil walaupun berdepan cabaran dan saya akan berada di belakang beliau,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini