SOALAN
Adakah dosa isteri yang enggan menutup aurat ditanggung oleh suami walaupun si suami sudah menasihatinya?
Zul Bahrin
Ipoh, Perak.
Jawapan
Suami tidak menanggung dosa isteri yang mendedahkan aurat kepada orang ramai setelah menasihati atau melarang perbuatan tersebut. Isteri yang menanggung dosa-dosa tidak menutup aurat itu. Maka bertakwalah wahai isteri kepada Allah Taala.
Solat taubat dan bersedekah
SOALAN
Berapa banyak solat taubat disarankan oleh agama dalam sehari dan bagaimana untuk terus istiqomah melakukan solat taubat?
Ahmad Nusi
Maran, Pahang
Jawapan
Solat taubat cukup dengan dua rakaat dalam sehari. Kemudian perbanyakkan solat-solat sunat yang lain di samping kerap melakukan amalan bersedekah.
Poligami tapi tidak mampu
SOALAN
Bolehkah suami berpoligami sekiranya tidak mampu daripada segi kewangan dan beri alasan tidak mahu melakukan maksiat?
Nurul
Pasir Gudang, Johor.
Jawapan
Hukum berpoligami dalam keadaan tidak mampu adalah terlarang walaupun perkahwinan itu sah. Namun dosa berpanjangan. Suami perlu mampu daripada segi kewangan untuk memberi nafkah kepada isteri.











