Speedy Tigers sasar julang kejayaan dalam PSAS

Speedy Tigers sasar julang kejayaan dalam PSAS

BRENDON Carolan (enam dari kiri) pada sidang media menjelang Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, semalam. - IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketua jurulatih hoki negara, Brendon Caralon berharap menamatkan cabaran musim 2026 dengan kejayaan besar di Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS)2026 bermula hari ini.

“Kejohanan ini merupakan misi antarabangsa terakhir kami. Justeru saya berharap pemain akan mengusahakan pencapaian terbaik dalam pertandingan ini, “katanya kepada pemberita dalam sidang akbar sebelum kejohanan semalam.

Beliau berkata memenangi Piala Itu di laman sendiri adalah pencapaian terbaik pasukan Speedy Tigers itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malaysia kali terakhir muncul juara trofi jemputan itu pada 2022 dan berharap menggulanginya kali ini.

Brendon mendedahkan Speedy Tigers akan menjelajah Sepanyol selama dua minggu pada Januari 2027 untuk mengadakan lima atau enam perlawanan persahabatan.

“Kemudian kita akan menyertai kejohanan Piala Benua 2027 di Karachi, Pakistan,” ujarnya.

Beliau yakin pemain negara berada pada tahap bersedia untuk mengharunginya PSAS 2026.

“Kita bersedia untuk menghadapi kejohanan ini selepas Sukan Asia dan Asian Champions Trofi,” katanya

Speedy Tigers memasuki kejohanan dengan menduduki kedudukan ke-5 di Piala Negara-negara FIH di Cape Town, Afrika Selatan pada kedudukan ke-16 di Piala Dunia yang berlangsung di Belgium.

Begitupun nasib mereka berubah apabila merangkul pingat gangsa di Sukan Asia Aichi-Nagoya Asian Games di Jepun pan sebelum meraih gangsa at the Kejohanan Trofi Asia (ACT) di Punjab.

Malaysia yang menduduki ranking ke -14 dunia membuka kempen bertemu Korea Selatan diikuti Kanada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini