Matrix Concepts raih kedudukan 10 pemaju hartanah terbaik

Matrix Concepts raih kedudukan 10 pemaju hartanah terbaik

LEE Tian Hock (kiri) dan Kelvin Lee dalam pada majlis The Edge Malaysia Top Property Developers Award (TPDA) 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) mengukuhkan kedudukannya dalam industri pembangunan hartanah apabila disenaraikan dalam kelompok 10 pemaju terbaik menerusi The Edge Malaysia Top Property Developers Award (TPDA) 2026.

Pengiktirafan itu ketika kumpulan berkenaan meraikan ulang tahun ke-30 penubuhannya, sekali gus mencerminkan perjalanan syarikat dalam membangunkan projek perbandaran dan kediaman di beberapa pasaran utama negara.

Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts, Kelvin Lee berkata, pengiktirafan berkenaan menjadi dorongan kepada kumpulan untuk meneruskan pertumbuhan perniagaan serta meneroka peluang baharu dalam industri hartanah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sepanjang tiga dekad beroperasi, kumpulan itu terus memberi tumpuan kepada pembangunan kediaman berkualiti dan komuniti yang mampu menyokong pertumbuhan jangka panjang.

“Melangkah ke hadapan, Matrix Concepts merancang meneruskan pengembangan menerusi pembangunan Bandar Seri Impian II di Johor serta perancangan jangka panjang MVV City di Negeri Sembilan,” katanya.

The Edge Malaysia Top Property Developers Awards 2026 merupakan sebahagian daripada The Edge Malaysia Property Excellence Awards 2026 yang menilai pemaju berdasarkan beberapa kriteria kuantitatif dan kualitatif.

Penilaian itu merangkumi prestasi kewangan, kualiti produk, persepsi jenama, inovasi serta kepakaran pengurusan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts, Datuk Seri Lee Tian Hock menerima The Edge Malaysia Outstanding Personal Contribution to the Community Award 2026 atas sumbangannya kepada pembangunan komuniti menerusi pembinaan Karisma Arena di Seremban.

Karisma Arena yang dibangunkan menerusi Karisma Perwira Sdn Bhd, sebuah entiti persendirian milik beliau, merupakan kemudahan sukan dan acara tertutup setinggi tujuh tingkat dengan kapasiti tempat duduk 3,000 orang.

Arena berkenaan menjadi komponen utama Kompleks Arena Seremban, pembangunan bersepadu seluas 4.45 ekar yang turut merangkumi Arena Premier Hotel, Menara Karisma, Arena Square dan Arena Residences.

Projek bernilai RM250 juta itu dibiayai oleh Lee Tian Hock Yong Chou Lian (L) Foundation dan dibangunkan sebagai sumbangan kepada masyarakat Seremban.

Dalam pada itu, Lee berkata, pembinaan Karisma Arena bertujuan menyediakan kemudahan khusus kepada atlet tempatan untuk mengembangkan bakat serta menjadi lokasi penganjuran pelbagai acara sukan dan komuniti.

“Saya berharap kemudahan itu dapat dimanfaatkan masyarakat dalam jangka panjang, sekali gus menyokong perkembangan Seremban,” katanya.

Karisma Perwira beroperasi secara berasingan daripada Matrix Concepts Holdings Berhad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini