Matrix Concepts, Maybank tawar pembiayaan tambahan

Matrix Concepts, Maybank tawar pembiayaan tambahan kepada pembeli rumah

CHAI KENG WAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Matrix Concepts Holdings Bhd (Matrix Concepts) bekerjasama dengan Maybank untuk menyediakan sokongan pembiayaan tambahan kepada pembeli rumah menerusi kemudahan Maybank MyDeco Financing, sekali gus membantu mereka menampung kos pengubahsuaian dan kelengkapan kediaman.

Menerusi kerjasama itu, pembeli yang layak bagi projek terpilih dan berjaya mendapatkan pembiayaan berkenaan berpeluang menerima Hadiah Eksklusif Pindah Masuk, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Matrix Concepts berkata, tawaran itu terbuka kepada pembeli yang layak bagi projek Verra II, Alera dan Alera II, sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-30 Matrix Concepts.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kemudahan Maybank MyDeco Financing membolehkan pelanggan yang layak memperoleh margin pembiayaan tambahan sehingga 30 peratus atau jumlah pembiayaan gabungan sehingga 120 peratus daripada harga pembelian hartanah, tertakluk kepada had maksimum RM250,000.

Menurutnya, pembiayaan itu boleh digunakan bagi perbelanjaan yang layak, termasuk reka bentuk dalaman, perabot, kelengkapan dan hiasan rumah, dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun atau sehingga peminjam mencapai usia 70 tahun, mengikut mana yang terdahulu.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama bagi Pembangunan Hartanah dan Komersial Matrix Concepts., Chai Keng Wai berkata, berdasarkan statistik pembeli di projek Bandar Sri Sendayan, Bandar Seri Impian dan Lembah Klang, kos pengubahsuaian serta kelengkapan dalaman merupakan antara pertimbangan penting ketika pembeli membuat persediaan untuk menduduki kediaman baharu.

Menurut beliau, kos pemilikan rumah bukan sahaja melibatkan harga pembelian hartanah, malah merangkumi perbelanjaan tambahan untuk memastikan kediaman memenuhi keperluan dan keselesaan penghuni.

“Melalui kerjasama dengan Maybank sebagai rakan strategik, kami berbesar hati dapat menyediakan fleksibiliti pembiayaan yang lebih baik kepada pembeli yang layak bagi membantu mereka menguruskan kos berkenaan.

“Usaha ini mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan pengalaman pemilikan rumah yang lebih menyeluruh, dengan menyokong pembeli bukan sahaja untuk memiliki rumah, malah mewujudkan ruang kediaman yang benar-benar memenuhi keperluan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, kempen 30A HOME Rush Matrix Concepts yang dilancarkan pada Julai lalu menerima sambutan menggalakkan daripada pembeli rumah.

Kempen sempena ulang tahun ke-30 kumpulan itu berteraskan konsep ‘Beli Sebuah Rumah, Berpeluang Memenangi Sebuah Lagi’ dan menawarkan penjimatan, ganjaran serta hadiah bernilai lebih RM30 juta.

Antara tawaran yang disediakan ialah manfaat kesetiaan dan rujukan yang dipertingkatkan, ganjaran kotak misteri serta cabutan bertuah kemuncak yang menawarkan tiga unit rumah di Lembah Klang, Wilayah Selatan dan Negeri Sembilan sebagai hadiah utama.

Berpandukan tema ulang tahun ‘People. Progress. Tomorrow.’, Matrix Concepts berkata, kumpulan itu akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan persekitaran kediaman yang memenuhi keperluan keluarga moden, termasuk kemudahan harian dan keselesaan jangka panjang.

Fokus itu turut diterapkan dalam pembangunan Verra II, Alera dan Alera II di Eka Heights, yang menawarkan kediaman dengan susun atur praktikal, ciri kontemporari serta akses kepada kawasan hijau dan rekreasi.

Verra II menawarkan rumah teres dua tingkat di atas lot berukuran 22 kaki kali 70 kaki, dilengkapi ciri rumah pintar dan terletak bertentangan Taman Mageka seluas 6.2 hektar.

Harga rumah di pembangunan itu bermula daripada RM665,888.

Sementara itu, Alera dan Alera II menawarkan rumah teres dua tingkat dengan susun atur empat bilik tidur dan tiga bilik air yang direka untuk memenuhi keperluan keluarga moden. 

Harga rumah bermula daripada RM535,999. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini