Amazon labur RM28 bilion projek tenaga bersih di India

Amazon labur RM28 bilion projek tenaga bersih di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Syarikat gergasi e-dagang, Amazon mengumumkan melabur sebanyak AS$7 bilion (RM28 bilion) dalam projek tenaga bersih di India menjelang tahun 2030, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengurangkan jejak karbon daripada bekalan elektrik yang menguasakan operasinya.

Pengumuman pada petang semalam itu dibuat ketika India menyasarkan kapasiti tenaga bersih sebanyak 500 gigawatt menjelang akhir dekad ini.

Amazon berkata, perbelanjaan yang dirancang itu akan membantu mengurangkan ‘keamatan karbon bagi elektrik yang menguasakan operasinya’ di negara paling ramai penduduk di dunia tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikrar pelaburan baharu ini merupakan tambahan kepada AS$4 bilion (RM16 bilion) dalam pelaburan tenaga boleh diperbaharui yang telah dijanjikan oleh Amazon di India sebelum ini, sekali gus menjadikannya salah satu pembeli korporat utama bagi elektrik bebas karbon di negara itu.

Syarikat gergasi itu turut mengumumkan empat projek tenaga angin dan solar baharu, dengan kapasiti gabungan sebanyak 934 megawatt, di bawah program pelaburannya yang sedia ada.

Ketua Pegawai Kelestarian Amazon, Kara Hurst berkata, pelaburan tenaga boleh diperbaharui di India mencerminkan usaha berterusan, perancangan, dan kerjasama merentas industri selama bertahun-tahun.

“Pelaburan tambahan sebanyak AS$7 bilion ini mengukuhkan lagi komitmen jangka panjang kami dalam membantu membawa masuk kapasiti tenaga angin dan solar tambahan,” katanya.

Walau bagaimanapun, syarikat itu tidak memberikan perincian mengenai bagaimana dana tambahan tersebut akan diagihkan atau projek manakah yang akan disokong.

India telah mempercepatkan peralihannya ke arah tenaga yang lebih bersih sepanjang dekad yang lalu, walaupun arang batu dan minyak kekal menjadi tunjang utama dalam campuran tenaganya.

Lebih daripada 54 peratus kapasiti penjanaan elektrik terpasang di negara itu kini datang daripada sumber bahan api bukan fosil, termasuk solar, angin dan kuasa hidro.

Peluasan tenaga boleh diperbaharui adalah kunci kepada usaha India untuk memenuhi permintaan elektrik yang semakin meningkat di samping memajukan komitmen iklimnya.

Bagi Amazon, pelaburan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk menyahkarbonkan bekalan elektrik yang menyokong operasi globalnya, termasuk pusat data dan kemudahan-kemudahan lain.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini