TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Iran pada Jumaat berkata bahawa mereka telah menyasarkan sebuah pusat data di Bahrain milik syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat (AS), Amazon, menurut laporan media kerajaan.
Pasukan itu berkata dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh televisyen kerajaan bahawa mereka menyasarkan dan memusnahkan bangunan pusat data risikan milik syarikat Amerika, Amazon.
Bagaimanapun, Amazon dan pihak berkuasa Bahrain setakat ini belum memberikan sebarang komen berhubung dakwaan Iran tersebut.
Kor Pengawal Revolusi, sayap ideologi dalam angkatan tentera Iran sebelum ini turut mendakwa pada Rabu bahawa mereka menyasarkan pusat data itu.
Teheran menegaskan bahawa mana-mana kemudahan atau pangkalan di Asia Barat yang digunakan oleh tentera AS untuk melancarkan serangan terhadap Iran dianggap sebagai sasaran yang sah untuk tindakan balas. – AFP










