Detik kritikal KRW FC raih mata

Detik kritikal KRW FC raih mata

Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) belum meraih sebarang mata dalam pentas Liga Super setakat ini. - IHSAN KRW FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aksi menentang Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Sabtu ini menjadi detik kritikal buat Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) untuk kembali ‘bernyawa’ di pentas Liga Super.

Menentang The Rhinos di laman sendiri menjadi medan penting buat skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim untuk meraih mata pertama dalam penampilan sulung di pentas Liga Super, musim ini.

Selepas mengharungi beberapa aksi persahabatan sepanjang rehat antarabangsa kali ini, perlawanan ketujuh bertemu Sabah FC nyata cukup penting untuk memberikan ‘nyawa’ sekali gus mampu menambah keyakinan kepada peminat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penjaga gol KRW FC, Amin Faisal Saidi berkata, persiapan rapi sudah dilakukan dalam tempoh Liga Malaysia (Liga M) berehat dan turut meneliti corak permainan Sabah FC, termasuk mengenal pasti ancaman penyerangnya, Gonzalo Di Renzo.

“Selepas lawan Star City, kita ada banyak masa untuk tengok balik kelemahan pasukan, belajar kekuatan dan kelemahan Sabah FC sebab kita tahu mereka ada pemain import nombor 7 (Di Renzo) yang ada fizikal bagus dan kami harus berjaga-jaga.

“Kita tetap positif, cuba sebaik mungkin untuk perbaiki daripada segala aspek dan harap semuanya akan berjalan seperti yang dirancang,” katanya.

Mengulas lanjut, Amin percaya rekod bolos tinggi dicatatkan pasukannya tidak mematikan motivasinya dan anggap ia sebagai cabaran untuk tampil lebih baik pada perlawanan selepas ini.

“Tapi apa pun, banyak yang saya belajar dan boleh dikatakan ini adalah fasa paling mencabar dalam karier saya dengan bolos banyak gol dan saya katakan kepada diri saya sendiri, tak kira susah macam mana pun, saya tak boleh putus asa dan kena terus berjuang untuk bantu kelab ini sehingga akhir musim,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini