Houthi bina peluru berpandu jarak 2,000km

Houthi bina peluru berpandu jarak 2,000km

PENYOKONG Houthi mengangkat senjata semasa bantahan terhadap campur tangan Arab Saudi di Sanaa, Yemen, Oktober lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Keupayaan ketenteraan kumpulan Houthi di Yemen dilaporkan semakin meningkat apabila kumpulan itu didakwa hampir mampu menghasilkan sendiri peluru berpandu balistik jarak jauh, termasuk senjata yang berupaya mencapai sasaran lebih 2,000 kilometer (km).

Perkembangan itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan serantau terutama Arab Saudi, susulan peningkatan serangan menggunakan dron dan peluru berpandu sejak gencatan senjata antara Houthi dengan kerajaan Yemen runtuh pada Julai lalu.

Laporan Penyelidikan Persenjataan Konflik (CAR) bulan lalu mendedahkan Houthi semakin hampir membangunkan keupayaan peluru berpandu balistik canggih buatan sendiri, berdasarkan rampasan empat kontena mengandungi komponen senjata oleh pihak berkuasa Yemen di Aden pada Julai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kontena itu mengandungi komponen peluru berpandu Khaibarshekan buatan Iran, termasuk bahagian badan peluru berpandu, sirip penstabil dan enjin roket berbahan pepejal yang dipercayai dijadikan contoh bagi membangunkan pengeluaran domestik.

Selain itu, penghantaran berkenaan turut mengandungi mesin penekan industri, pengimejan terma dan sistem sinar-X mudah alih yang digunakan untuk menyokong proses pembuatan serta kawalan kualiti senjata.

Menurut CAR, penemuan itu menunjukkan perubahan besar dalam usaha Houthi meningkatkan pengeluaran senjata sendiri, sekali gus membawa implikasi terhadap keselamatan serantau ketika kumpulan itu memperhebat serangan jarak jauh ke atas infrastruktur penting Arab Saudi.

Keupayaan itu turut diperkukuh menerusi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pembangunan sistem persenjataan.

Laporan risikan ancaman yang diterbitkan syarikat teknologi Anthropic pada September lalu mendedahkan sekumpulan individu di utara Yemen menggunakan sistem AI Claude untuk membantu tiga program pembangunan senjata, termasuk peluru berpandu balistik yang disasarkan mampu mencapai jarak lebih 2,000 kilometer.

Kumpulan berkenaan turut menggunakan AI bagi membangunkan perisian panduan, navigasi dan kawalan untuk mengemudi serta menstabilkan peluru berpandu ketika penerbangan.

Kod Tatakelakuan The Hague Terhadap Percambahan Peluru Berpandu Balistik (HCoC) dalam laporan terbaharu turut menyatakan Houthi berkemungkinan berusaha membangunkan peluru berpandu dengan jarak jangkauan sekurang-kurangnya 2,000 km tanpa perlu mengurangkan muatan bahan letupan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini