Mohammed Mukhyuddin dilantik Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ke-15

Mohammed Mukhyuddin dilantik Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ke-15

MOHAMMED Mukhyuddin Sarwani (kiri) menerima pengisytiharan oleh Ketua Pengakap Negara, Mej. Jen. Datuk Wira Prof. Dr. Mohd. Zin bin Bidin pada Majlis Perasmian Plak Seratus Tahun Pergerakan Pengakap The Malay College Kuala Kangsar (MCKK). - FACEBOOK PENGAKAP MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Dr. Mohammed Mukhyuddin Sarwani dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ke-15 berkuat kuasa semalam.

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dalam kenyataan berkata, pengisytiharan pelantikan itu dibuat oleh Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral (B) Datuk Wira Prof. Dr. Mohd. Zin Bidin pada Majlis Perasmian Plak Seratus Tahun Pergerakan Pengakap The Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak.

Mohammed Mukhyuddin turut menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara pada majlis berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Zin berkata, Mohammed Mukhyuddin sebelum ini menjalankan tugas sebagai Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara sejak 2025.

“Dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya dengan ini mengisytiharkan Dr. Mukhyuddin sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Malaysia yang ke-15,” katanya pada majlis berkenaan.

Menurut PPM, pelantikan itu merupakan perkembangan penting dalam kepimpinan badan berkenaan bagi memastikan kesinambungan pentadbiran dan hala tuju pergerakan Pengakap di Malaysia.

Sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ke-15, Mohammed Mukhyuddin akan menerajui usaha memperkukuh peranan Pengakap sebagai gerakan pendidikan bukan formal dalam membentuk sahsiah, kepimpinan dan jati diri generasi muda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini