KPM sedia bertemu ibu bapa, waris dakwaan kes buli MCKK - Utusan Malaysia

KPM sedia bertemu ibu bapa, waris dakwaan kes buli MCKK

LIM Hui Ying (tengah) ketika merasmikan Anjung Ketipang Payung di Sekolah Kebangsaan (SK) Tan Sri P. Ramlee di George Town, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia bertemu dengan ibu bapa atau waris kepada pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang didakwa dibuli.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, pihaknya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan sentiasa terbuka untuk bertemu ibu bapa atau waris pelajar tersebut sekiranya mereka mahu berbuat demikian.

“Saya nak tekankan kes ini dalam siasatan, saya faham perasaan ibu bapa mangsa.

“Kalau nak jumpa kita, kita terbuka dan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak, kita melayan semua pihak sama dan bagi kita semua murid adalah sama,” katanya selepas merasmikan Anjung Ketipang Payung di Sekolah Kebangsaan (SK) Tan Sri P. Ramlee, di sini hari ini.

Jumaat lalu, tular di laman sosial yang memaparkan seorang pelajar sekolah dimasukkan ke hospital dipercayai dibuli senior di sebuah sekolah di Kuala Kangsar.

Susulan itu, Persatuan Ibu Bapa da Guru (PIBG) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menyelar tindakan ahli keluarga pelajar yang menularkan kejadian buli di sekolah berkenaan kerana dianggap memberi imej buruk kepada MCKK.

Menurut Hui Ying, dakwaan kes buli yang berlaku di MCKK itu masih dalam siasatan pihak polis dan pihaknya tidak akan berkompromi dalam mana-mana kes melibatkan buli.

”Kita sedar mengenai kes di MCKK, memang ia dalam siasatan polis. Kita tidak akan berkompromi dalam kes buli dan tidak akan sebelahi mana-mana pihak,” katanya.

Dalam pada itu, Hui Ying berkata, KPM telah mengeluarkan dua Surat Pekeliling Iktisas (SPI) berkenaan pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli dan Salah Laku Seksual di institusi pendidikan sebagai rujukan kepada semua pegawai di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan institusi pendidikan di bawah KPM.

“KPM amat mengambil berat mengenai tiga isu utama di sekolah iaitu buli, perkauman dan gangguan seksual dan kita mahu hapuskan isu ini daripada berlaku di sekolah,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hui Ying berkata, polis sedang menyiasat kes membabitkan seorang guru di sebuah sekolah di Balik Pulau yang didakwa menunjukkan kemaluan kepada murid.

”Kes dalam siasatan polis, saya tidak ada maklumat lanjut, dan jika ia betul berlaku ia dianggap kes gangguan seksual,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya