Tiada pusingan U keputusan Anthony Loke

Tiada pusingan U keputusan Anthony Loke

Anthony Loke Pusingan U
ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP tidak melakukan pusingan ‘U’ berhubung peletakan jawatan Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu perkara itu dipertimbang semula.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan berkata, tiada perubahan atau keperluan untuk perkara itu dibincangkan semula di peringkat parti.

Ahli Parlimen Bangi itu berkata, hal ini kerana keputusan yang sudah dibuat CEC adalah jelas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, keputusan kami DAP kekal seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini berhubung perletakan jawatan Anthony Loke.

“Kami hormat pandangan Perdana Menteri, tetapi ketetapan CEC adalah jelas.

“Tidak ada perubahan dan tiada keperluan untuk bincang semula di peringkat parti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Media semalam melaporkan Anwar mahu ‘berunding’ semula dengan Loke berhubung perletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, beliau belum menerima peletakan jawatan Loke sehingga kini walaupun Ahli Parlimen Seremban itu sudah mengumumkan perkara itu, dua hari lalu.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara berkenaan diserahkan kepada Loke sendiri dan parti akan terus menyokong pendirian beliau.

Beliau berkata, isu berkenaan bukan soal memujuk atau membawa semula perkara itu untuk dirujuk kepada CEC sebaliknya menghormati penegasan Loke.

“Itu saya rasa kita serah kepada Loke, kita sokong apa yang dia buat.

“Ini bukan isu pujuk atau rujuk kembali dalam CEC. Tetapi kita akan sokong penegasan beliau sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini