P.Pinang setuju beli air dari Perak 2032

P.Pinang setuju beli air dari Perak 2032

Air Perak
CHOW Kon Yeow menghadiri EGM PBA Holdings Bhd. (PBAHB) di Georgetown, semalam. – UTUSAN / SAFINA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pemegang saham Perbadanan Bekalan Air Hol­dings Sdn. Bhd. (PBAHB) meluluskan pembelian air terawat secara pukal dari Perak bagi memenuhi keperluan bekalan Pulau Pinang mulai tahun 2032.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kelulusan tersebut diperolehi menerusi soko­ngan 97.93 peratus pemegang saham terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Lembaga Pengarah PBAHB dalam Mesyua­rat Agung Luar Biasa (EGM) yang diadakan semalam.

Menurutnya, kelulusan berkenaan membolehkan PBA Pulau Pinang (PBAPP) memenuhi salah satu syarat terdahulu (condition precedent) dalam perjanjian pembelian air terawat antara kedua-dua pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan memaklumkan ke­­putusan ini kepada Bursa Malaysia dan juga pihak syarikat di Perak supaya langkah seterus­nya dapat diambil bagi memulakan projek berkaitan,” katanya selepas menghadiri mesyuarat tersebut, semalam.

Menurut Kon Yeow, projek berkenaan membabitkan pembelian minimum 300 juta liter sehari (JLH) air terawat daripada Prasarana Air dan Irigasi Perak Sdn. Bhd., anak syarikat Kha­zanah Air Perak Sdn. Bhd. yang melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Gamuda Berhad.

Kon Yeow berkata, berdasarkan perjanjian bekalan air terawat berkenaan perlu mula di­salurkan ke sempadan Perak-Pulau Pinang pada 31 Mac 2032 manakala tanggungjawab PBAPP adalah untuk mengagih­kan bekalan tersebut kepada pengguna di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini