Congo hukum mati tentera pengecut

Congo hukum mati tentera pengecut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINSHASA: Republik Demokratik Congo (DRC) menjatuhkan hukuman mati terhadap 66 tentera kerana melarikan diri daripada pertempuran, memberontak dan ingkar arahan.

Hukuman itu diputuskan selepas 71 anggota dibicarakan di mahkamah tentera di Walikale, wilayah Kivu Utara, timur DRC. Empat anggota dibebaskan, manakala seorang lagi dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.

Pihak tentera berkata, perbicaraan itu bertujuan memperkukuh disiplin dalam kalangan anggota ketika pasukan kerajaan berdepan kumpulan bersenjata di wilayah timur negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wilayah itu bergolak sejak beberapa dekad lalu dengan pertempuran masih berterusan antara pasukan kerajaan dan Barisan untuk Penubuhan Semula Negara (FRN), gabungan pemberontak yang turut merangkumi M23.

Kesemua anggota tentera terbabit dilaporkan ditahan pada 20 Oktober lalu di Walikale selepas didakwa meninggalkan kedudukan masing-masing dan melarikan diri ketika pertempuran dengan pejuang FRN.

Kempen ketenteraan Congo menentang kumpulan bersenjata, termasuk M23, sekian lama berdepan masalah disiplin yang lemah dan kelemahan pengurusan dalam kalangan anggotanya.

Kerajaan negara itu berulang kali menuduh negara jiran, Rwanda, menyokong kumpulan M23, namun dakwaan itu dinafikan Kigali dan kumpulan pemberontak berkenaan meskipun terdapat bukti kukuh mengenainya.

Tentera negara itu turut berdepan kritikan berterusan berhubung tahap profesionalisme dan disiplin yang lemah, manakala anggota tentera pula mengadu menerima gaji rendah serta kekurangan kelengkapan ketenteraan.- BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini