Arab Saudi hukum mati lima individu terlibat keganasan

Arab Saudi hukum mati lima individu terlibat keganasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi melaksanakan hukuman mati terhadap lima warganegaranya yang disabitkan atas kesalahan keganasan, termasuk menyertai organisasi pengganas asing serta menyerang anggota dan kemudahan keselamatan.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dalam kenyataan semalam berkata, kesemua individu itu didapati bersalah melepaskan tembakan menggunakan senjata api dan bahan letupan ke arah pasukan keselamatan, ibu pejabat keselamatan serta kenderaan.

Mereka turut disabitkan atas kesalahan memiliki senjata api dan peluru hidup, selain membiayai serta menyokong pelaksanaan operasi pengganas di negara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengumuman pelaksanaan hukuman berkenaan disiarkan menerusi akaun rasmi kementerian itu di platform X.

Menurut kementerian itu, hukuman mati dilaksanakan berdasarkan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati secara takzir, iaitu hukuman yang ditentukan oleh pihak berkuasa kehakiman mengikut peruntukan undang-undang Islam.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini