Pegawai tentera AS ditahan jadi pengintip Russia

Pegawai tentera AS ditahan jadi pengintip Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Polis antikeganasan United Kingdom (UK) mengesahkan penahanan seorang pegawai kanan tentera darat Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan mengintip dan menjadi perisik untuk kerajaan Russia semalam.

Anggota tentera berusia 41 tahun itu ditahan berhampiran kawasan Gloucester menerusi operasi khas yang digerakkan oleh Pasukan Polis Antikeganasan London.

Pihak berkuasa mengesahkan penahanan terbabit dibuat mengikut Seksyen 1 dan Seksyen 3 di bawah Akta Keselamatan Negara 2023 berhubung kesalahan mendedahkan maklumat terperingkat serta menolong agensi perisikan asing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Susulan penahanan itu,polis menjalankan menggeledah dua lokasi berasingan di Gloucestershire bagi mengumpul bukti serta membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek dipercayai bertugas di Kem Tentera Imjin di Innsworth, Gloucestershire yang berfungsi sebagai ibu pejabat Kor Tindakan Pantas Bersekutu (ARRC) Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Pengarah Pejabat Siasatan Persekutuan (FBI), Kash Patel, menegaskan penahanan terbabit disifatkan amat kritikal berikutan ancaman pencerobohan maklumat sulit yang mampu menjejaskan keselamatan nasional AS serta negara sekutu.

Beliau memberi amaran tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu yang melanggar ikrar setia serta membahayakan keselamatan rakan pakatan antarabangsa.

Timbalan Penolong Pesuruhjaya Polis Antipengganas London, Vicki Evans, menyifatkan operasi penahanan pegawai kanan tentera AS itu sebagai satu tindakan dan pencapaian undang-undang yang amat signifikan.

Suspek kini ditahan di balai polis London di bawah peruntukan Akta Keselamatan Negara 2023 yang membolehkan polis menahannya tanpa tuduhan sehingga tempoh maksimum 14 hari.

Sementara itu, Komander Pengarah Pengoperasian Kaunter Perisikan Tentera Darat AS, Brigedier Jeneral Sean Stinchon menyifatkan insiden itu sebagai peringatan jelas berhubung ancaman keselamatan dalaman yang wujud.

Beliau turut menggesa semua pihak yang mengesan sebarang aktiviti mencurigakan agar segera membuat laporan rasmi kepada pejabat kaunter perisikan tempatan untuk tindakan susulan. -BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini