Kampung Melayu Subang banjir lagi

Kampung Melayu Subang banjir lagi

KEADAAN di Kampung Melayu Subang selepas beberapa kawasan di situ dinaiki air susulan hujan lebat pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kampung Melayu Subang sekali lagi dilanda banjir susulan hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan di Jalan Merbau dekat sini dinaiki air pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, pemantauan banjir sedang dijalankan di kawasan di Jalan Merbau, Kampung Melayu Subang bagi menilai keadaan semasa.

“Pemantauan itu dilakukan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong bermula pukul 8.02 pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai paras air dan jumlah penduduk yang terjejas setakat ini,” katanya.

Tambahnya, difahamkan Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Siantan belum dibuka setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini