Raul kembali ke Sepanyol, kendali Real Oviedo hingga 2028

Raul kembali ke Sepanyol, kendali Real Oviedo hingga 2028

REAL Oviedo mengumumkan legenda Real Madrid, Raul Gonzalez sebagai pengendali pasukan yang baharu. - IHSAN Real Oviedo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Bekas penyerang Real Madrid, Raul Gonzalez dilantik sebagai pengendali baharu kelab divisyen dua Sepanyol, Real Oviedo sehingga Jun 2028.

Pelantikan legenda bola sepak Sepanyol berusia 49 tahun itu diumumkan kelab berkenaan selepas mereka memecat Julian Calero pada Isnin susulan prestasi tidak memuaskan apabila kini berada di tangga kesembilan liga.

Oviedo yang beraksi di divisyen dua musim ini selepas tersingkir daripada La Liga musim lalu berharap kehadiran Raul mampu membantu pasukan kembali mencabar kedudukan lebih baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cara saya memahami bola sepak adalah dengan menghormati bakat yang ada dalam skuad, tetapi pada masa sama menuntut komitmen tanpa berbelah bahagi.

“Pasukan perlu berjuang dari minit pertama hingga wisel penamat untuk meraih kemenangan supaya penyokong berasa bangga dengan mereka,” kata Raul menerusi video yang disiarkan kelab itu di platform X.

Raul sebelum ini mengendalikan pasukan simpanan Real Madrid dari 2019 hingga 2025, namun pelantikan bersama Oviedo menjadi peluang baharu buatnya membuktikan kemampuan di pentas senior.

Ketika bergelar pemain, Raul mencipta reputasi sebagai antara legenda Real Madrid apabila membantu kelab itu memenangi enam gelaran La Liga dan tiga trofi Liga Juara-Juara.

Beliau turut pernah menyarung jersi Schalke, Al Sadd dan New York Cosmos selepas meninggalkan Santiago Bernabeu, selain mencatat 102 penampilan bersama skuad kebangsaan Sepanyol dengan 44 jaringan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini