Orang Rembia mahu anak jati, serik YB lompat parti

Orang Rembia mahu anak jati, serik YB lompat parti

AHLI jentera PH membawa sepanduk Mohd. Khuzaire Mohd. Kamal Kannan ketika berkempen di Rembia, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia mahu anak jati kawasan itu menjadi wakil rakyat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Calon Pakatan Harapan (PH), Mohd. Khuzaire Mohd. Kamal Kannan berkata, perkara itu antara sentimen yang dikenal pasti sepanjang beliau turun padang dan bertemu penduduk.

Menurutnya, penduduk mahu seorang wakil rakyat yang mengenali masyarakat setempat serta memahami masalah dan keperluan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penerimaan saya jumpa dengan keluarga Rembia ini, alhamdulillah, penerimaannya lebih kepada anak jati sebenarnya. Sentimennya anak jati.

“Mereka memang perlukan anak jati disebabkan YB (yang berhormat) yang sebelum ini, dari 2018 sehingga PRN 2021, bukan anak jati sini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Khuzaire berkata, antara rungutan yang diterimanya ialah masalah kebajikan penduduk yang didakwa masih belum diselesaikan, khususnya di kawasan kampung.

Katanya, terdapat juga penduduk yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan wakil rakyat sebelum ini, termasuk berhubung isu pertukaran parti.

“Rata-rata bila saya turun ke padang, ke lapangan, saya lihat ramai yang berasa marah kerana banyak permasalahan yang berlaku di sini tidak dapat diselesaikan disebabkan YB banyak lompat parti.

“Kali ini mereka bangkit, hendakkan anak jati,” katanya.

Mengulas mengenai pencalonannya, Khuzaire berkata, beliau memilih untuk bertanding di Rembia kerana kawasan itu cukup dekat dengan kehidupan dan keluarganya.

Katanya, beliau membesar dan mendapat pendidikan awal di kawasan berkenaan, selain mempunyai ramai ahli keluarga serta kenalan dalam kalangan penduduk setempat.

“Saya mengambil keputusan bertanding di Rembia disebabkan DUN Rembia ini sinonim dengan keluarga saya. Majoriti ramai yang kenal keluarga saya dan kenal saya.

“Penduduk di DUN Rembia ini dekat dengan saya kerana seperti saya kata tadi, saya sekolah di sini dan rakan-rakan di sini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini