Najib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum ke Langgak Duta - Utusan Malaysia

Najib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum ke Langgak Duta

NAJIB RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum dibawa ke kediamannya di Jalan Langgak Duta, di sini untuk menjalani hukuman tahanan rumah.

Sumber memaklumkan, pemeriksaan kesihatan itu perlu diselesaikan sebelum Najib dibawa ke kediaman berkenaan.

“Beliau perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu ada beberapa proses perlu diselesaikan sebelum dibawa ke Langgak Duta untuk tahanan rumah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, satu sidang akhbar akan dibuat oleh peguam Najib selepas bekas pemimpin UMNO itu tiba di Langgak Duta di sini.

Terdahulu, Najib dilihat keluar dari Penjara Kajang kira-kira pukul 2.37 petang sebentar tadi dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna perak.

Kenderaan yang membawa bekas pemimpin UMNO itu meninggalkan kawasan penjara dengan kawalan beberapa kenderaan pengiring serta sebuah van Jabatan Penjara.

Pembayaran denda RM50 juta merupakan antara syarat pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Najib, 73, mula menjalani hukuman di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dan mengekalkan sabitan serta hukuman terhadap tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini