Rafizi selesai beri keterangan dakwaan RM9.5 juta - Utusan Malaysia

Rafizi selesai beri keterangan dakwaan RM9.5 juta

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Rafizi Ramli selesai dirakam keterangan oleh polis di Bukit Aman hari ini selepas hampir dua jam berada di ibu pejabat polis berkenaan.

Pengasas Parti Bersama Malaysia (Bersama) itu hadir bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan pembayaran RM9.5 juta yang dikaitkan dengan isu ‘mafia korporat’.

Beliau berkata, sepanjang sesi berkenaan, beliau turut ditanya mengenai satu laporan polis yang dibuat pada Mac lalu membabitkan dakwaan berkaitan pemilikan saham bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut bekas Ahli Parlimen Pandan itu, kedua-dua perkara yang disiasat berkenaan tidak berkaitan antara satu sama lain kerana melibatkan dakwaan serta peruntukan undang-undang yang berbeza.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai memberikan keterangan di Bukit Aman. 

Rafizi memaklumkan beliau dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung satu ceramah di Selayang pada 20 Oktober lalu.

Menurutnya, notis polis yang diterimanya menyebut siasatan berkaitan dakwaan pembayaran RM9.5 juta kepada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Ramanan serta ucapan mengenai ‘mafia korporat’.

Siasatan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan fitnah dan Seksyen 505 kanun sama yang melibatkan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat atau kegusaran awam.

Rafizi sebelum ini berkata, siasatan itu dibuat susulan satu laporan polis yang diterima pada 22 Oktober lalu.

Beliau juga sebelum ini menyatakan akan memberi kerjasama kepada polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk memaklumkan sebarang perkembangan lanjut selepas keterangannya diambil. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini