FBI sahkan Korea Utara godam mata wang kripto RM25 bilion - Utusan Malaysia

FBI sahkan Korea Utara godam mata wang kripto RM25 bilion

BIRO Penyiasatan Persekutuan mengesahkan penglibatan Korea Utara menggodam Binance. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengesahkan Korea Utara bertanggungjawab terhadap kejadian penggodaman terbesar dalam sejarah selepas mata wang kripto bernilai AS$6.3 bilion (RM25.5 bilion) dicuri daripada gergasi mata wang kripto, Binance, sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan eksekutif syarikat itu.

Siasatan bersama yang diketuai oleh FBI, Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (USSS) dan  Unit Siasatan Jenayah Jabatan Hasil Dalam Negeri (IRS-CI) membongkar aktiviti siber berniat jahat oleh kumpulan penggodam elit Korea Utara yang dikenali sebagai TraderTraitor.

Binance, yang merupakan platform kripto terbesar di dunia berdasarkan jumlah  dagangan harian, mengesahkan bahawa siasatan terbaharu mendapati wujud titik pencerobohan tambahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia sekali gus menafikan dapatan awal yang mendakwa serangan itu hanya melibatkan sebuah komputer riba yang digodam.

Pihak syarikat kemudian  mengesahkan bahawa jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan mencecah AS$6.3 bilion (RM24.36 bilion), menjadikan insiden itu sebagai antara pencerobohan keselamatan paling serius yang pernah direkodkan dalam sejarah kewangan digital.

“Republik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara) bertanggungjawab terhadap kecurian aset maya bernilai lebih AS$6 bilion daripada platform pertukaran mata wang kripto Binance, sekitar 29 Oktober 2026,” menurut kenyataan agensi penguatkuasaan undang-undang AS itu.

Kumpulan TraderTraitor dipercayai merupakan sebahagian daripada Lazarus Group, iaitu rangkaian penggodam yang mula mencipta nama pada tahun 2014 selepas dituduh menceroboh sistem Sony Pictures sebagai tindak balas terhadap filem komedi The Interview yang mempersendakan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Insiden godaman berskala besar itu di platform Binance itu berlaku secara langsung apabila dana bernilai bilion dolar mengalir keluar dari akaun-akaun pengguna pada malam Khamis, sekali gus mencetuskan suasana panik dan kelam-kabut dalam kalangan eksekutif industri kripto global. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini