Holgado ungguli sesi kelayakan Moto2

Holgado ungguli sesi kelayakan Moto2

DANIEL Holgado. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelumba CFMOTO RCB Aspar Team, Daniel Holgado mengungguli sesi kelayakan Moto2 dan sekali gus, bakal mengetuai perlumbaan sebenar pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, di sini, esok.

Memacu jentera Kalex, pelumba kelahiran Sepanyol itu mencatat masa sepusingan 2 minit 02.875 saat (s) dalam aksi kelayakan 2 (Q2), hari ini.

Angel Piqueras dari pasukan QJMotor-MSi pula berada di kedudukan kedua dengan lakaran masa 2:03.416s, manakala, pelumba BLU CRU Pramac Yamaha Moto2, Izan Guevara menghuni tempat ketiga menerusi catatan masa 2:03.486s.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelumba CFMOTO RCB Aspar Team, David Alonso melengkapkan aksi kelayakan itu di kedudukan keempat (2:03.491s), manakala, tempat kelima menjadi milik Alonso Lopez dari pasukan ITALJET Gresini Moto2 (2:03.516s).

Pendahulu Kejuaraan Dunia Moto2, Manuel Gonzalez dari pasukan Liqui Moly Dynavolt Intact GP akan memulakan perlumbaan, esok di petak kesembilan selepas mencatat masa sepusingan 2:03.734s. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini