Arab Saudi musnahkan dron di ruang udara Madinah - Utusan Malaysia

Arab Saudi musnahkan dron di ruang udara Madinah

GAMBAR fail sebuah dron Houthi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Gabungan tentera diketuai Arab Saudi yang memerangi kumpulan Houthi di Yaman, yang disokong Iran berkata pada Jumaat bahawa pihaknya memintas dan memusnahkan sebuah dron Houthi di ruang udara wilayah Madinah, lokasi terletaknya masjid kedua paling suci dalam Islam.

Arab Saudi terlibat dalam peperangan di Yaman bagi menyokong kerajaan negara itu yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Insiden itu berlaku ketika kumpulan Houthi melancarkan serangan berterusan selama beberapa minggu terhadap bandar, lapangan terbang dan infrastruktur tenaga di Arab Saudi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Serangan peluru berpandu ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh pada 10 Oktober lalu mengorbankan 13 penumpang dan mencederakan lebih 300 yang lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini