Penumpang ditahan ancam rampas pesawat

Penumpang ditahan ancam rampas pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS: Seorang lelaki ditahan selepas sebuah pesawat membawa 150 penumpang dan enam anak kapal terpaksa berpatah balik ke Las Vegas susulan ancaman rampasan pesawat pada Sabtu lalu.

Dante Milne, 25, ditahan kerana disyaki membuat ancaman atau menyampaikan maklumat palsu berkaitan tindakan keganasan.

CBS News melaporkan, kejadian berlaku ketika penerbangan United Flight 1681 dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid di Las Vegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di New Jersey.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang pramugara yang bertugas dalam penerbangan itu menyedari seorang penumpang menghantar mesej mengenai rancangannya untuk merampas pesawat sebelum segera memaklumkan kepada juruterbang.

Tidak lama selepas berlepas, juruterbang memaklumkan kepada pengawal trafik udara seorang anak kapal melihat penumpang berkenaan menghantar mesej mengenai rancangan itu.

“Kru itu memaklumkan kepada saya. Kami mengunci pesawat dan berpatah balik ke Las Vegas,” katanya menurut laporan itu.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mengesahkan pesawat berkenaan selamat mendarat semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid kira-kira jam 11.05 malam (waktu tempatan).

Selepas pesawat kembali ke Las Vegas, semua penumpang diarahkan turun sebelum pesawat menjalani pemeriksaan keselamatan menyeluruh, menurut pihak berkuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini