Kes tangkap khalwat: Nik Nazmi harus berundur sepenuhnya, bukan sekadar direhatkan - NGO

Kes tangkap khalwat: Nik Nazmi harus berundur sepenuhnya, bukan sekadar direhatkan – NGO

NIK Nazmi Nik Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad seharusnya berundur sepenuhnya daripada dunia politik setelah namanya dicemar dengan kes ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Naib Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Shahrizan Ramli berkata,
pendekatan yang diambil oleh parti Bersama untuk merehatkan beliau selama tiga bulan telah memberi gambaran yang salah kepada pemimpin masa depan terutama anak-anak muda.

Katanya, banyak ahli politik antarabangsa mengambil tanggungjawab jika terbabit dengan kes-kes moral dan mereka sama ada meletakkan jawatan atau bersara atau mengundurkan diri daripada kerja-kerja kepartian demi menjaga maruah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi, dalam kes Nik Nazmi ini, beliau hanya direhatkan dan memberi gambaran seolah-oleh dia melakukan kesalahan kecil dan selepas tiga bulan, beliau kembali berpolitik seperti tiada apa-apa yang buruk perlu dilakukannya,” katanya hari ini.

Menerusi kenyataan media sebelum ini, Syukri Razab yang mewakili Bersama berkata, Nik Nazmi Nik Ahmad, direhatkan daripada semua aktiviti rasmi parti Bersama selama tiga bulan, berkuat kuasa 20 Oktober ini hingga 19 Januari 2027.

Syukri Razab berkata, keputusan itu dibuat susulan pengakuan Nik Nazmi berhubung pembabitannya dalam satu kes yang mendapat perhatian umum baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Shahrizan berkata, walaupun Nik Nazmi adalah sahabat baik dengan Rafizi, ia sepatutnya tidak mendapat apa-apa keistimewaan setelah mempunyai isu moral yang memberi persepsi negatif kepada parti itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini