EAIC syor JAS tingkatkan pemeriksaan pada waktu malam pantau premis e-waster

EAIC syor JAS tingkatkan pemeriksaan pada waktu malam pantau premis e-waste

EAIC syor JAS tingkatkan pemeriksaan pada waktu malam pantau premis e-waste.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) disyorkan untuk mempertingkatkan pemeriksaan pada waktu malam bagi memastikan aktiviti premis-premis e-waste dapat dipantau dengan lebih berkesan.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berkata, langkah ini bagi mengesan aktiviti dan kesalahan yang mungkin berlaku di luar waktu pemeriksaan biasa.

Menurutnya, syor itu dikemukakan berdasarkan hasil siasatan pihaknya berhubung tindakan penguatkuasaan oleh JAS terhadap premis-premis kitar semula E-Waste di Kawasan Perindustrian Segamat, Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ia bagi menyiasat dakwaan wujudnya isu-isu baharu yang memerlukan siasatan lanjut EAIC berkaitan kegagalan tindakan penguatkuasaan oleh JAS terhadap premis-premis tersebut, antaranya, melibatkan isu lesen separa, operasi penguatkuasaan di waktu malam dan kesalahan berulang.

“Susulan daripada siasatan yang telah dijalankan, EAIC turut mengambil maklum bahawa JAS telah mengambil langkah sewajarnya dalam mempercepatkan operasi dan tindakan penguatkuasaan.

“Ia antaranya meneliti semula dan membuat pindaan penambahbaikan kepada prosedur operasi standard (SOP) Penguatkuasaan JAS yang telah diwujudkan untuk rujukan pegawai JAS.

“JAS turut mengambil tindakan segera memuktamadkan garis panduan pelaksanaan kompaun termasuk membuat pindaan kerangka penalti/kompaun melalui pengemaskinian prosedur kompaun selaras dengan pindaan Akta 127 yang berkuat kuasa pada 26 Mac 2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, EAIC berkata, JAS telah meningkatkan sistem pengurusan aduan dengan menambah baik system myJAS Aduan yang boleh diakses dan dimuat turun oleh orang awam bagi memperkukuh tindakan penguatkuasaan.

Ini termasuk melaksanakan latihan berkala secara berterusan melibatkan pegawai JAS pada tahun 2025 dan 2026.

Selain itu, EAIC juga mengambil maklum bahawa JAS telah memperkukuh pewakilan kuasa penguatkuasaan melalui Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Pewakilan Kuasa kepada Jabatan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Perbadanan) 2025 yang berkuat kuasa pada 8 Julai 2025.

Jelasnya, pewakilan kuasa ini merupakan antara langkah susulan bagi memperkemas dan memperkukuh pelaksanaan penguatkuasaan oleh pihak-pihak berkaitan.

“EAIC turut mengambil maklum bahawa agensi-agensi penguatkuasaan telah mula cakna berhubung dengan isu e-waste dan mengambil tindakan secara holistik di peringkat nasional melalui penubuhan Pasukan Petugas Khas (PPK) Hala Tuju Pengurusan Penguatkuasaan Pengimportan Sisa Plastik dan E-Waste Dalam Negara yang telah ditubuhkan secara rasmi pada 8 Disember 2025.

“Operasi penguatkuasaan bersepadu juga telah dijalankan oleh agensi-agensi berkaitan bagi menangani isu pengimportan e-waste ke negara ini dan penguatkuasaan ke atas kegiatan premis e-waste yang beroperasi secara haram,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini