Bumbung sekolah runtuh, 28 maut

Bumbung sekolah runtuh, 28 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PESHAWAR: Seramai 27 kanak-kanak dan seorang guru maut, manakala puluhan lagi cedera selepas bumbung sebuah sekolah di utara Pakistan runtuh pada pagi Khamis, menurut pihak berkuasa.

Menurut anggota perkhidmatan penyelamat tempatan, Bilal Ahmed, hujan lebat menyebabkan bumbung bangunan sekolah dua tingkat di bandar Peshawar itu runtuh.

Beliau berkata, beberapa kanak-kanak masih terperangkap di bawah runtuhan, manakala pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Hospital Lady Reading di Peshawar, Asim Khan memberitahu CNN seramai 47 kanak-kanak cedera dalam kejadian itu.

Rakaman video yang diperoleh CNN dari lokasi kejadian menunjukkan ambulans bergerak pantas melalui jalan sempit, manakala orang ramai berkumpul di luar bangunan sekolah berkenaan.

Kejadian itu berlaku hanya beberapa minggu selepas kebakaran melanda sebuah hospital di ibu negara, Islamabad sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 14 bayi baru lahir dan mencetuskan kemarahan orang ramai serta beberapa penahanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini