Tiga ahli perniagaan terbunuh dalam kemalangan ngeri di Karak - Utusan Malaysia

Tiga ahli perniagaan terbunuh dalam kemalangan ngeri di Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 Oktober 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan tiga orang ahli perniagaan terbunuh dan dua lagi mengalami kecederaan apabila sebuah kenderaan mewah jenis BMW bertembung dengan sebuah lori di kilometer 202, Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur.

Mereka yang terbunuh adalah pemandu kereta yang juga seorang peniaga emas di Selayang Baru, Che Azid Che Kob, 30, adiknya yang juga ahli perniagaan, Che Ismail Che Kob, 27 dan rakan mereka yang juga seorang ahli perniagaan, Rashid Yusoff, 37 tahun.

Antara peristiwa lain yang menarik.

Memuatkan artikel berkaitan…
  • 14 Oktober 1984 – Para penduduk kampung di Negeri Andhra Pradesh, India yang teruk dilanda kemarau terpaksa membunuh lembu yang dianggap haiwan suci untuk dijadikan makanan.
  • 14 Oktober 1985 – Pasukan bahas Sekolah Menengah Agama Lelaki Arau muncul juara pertandingan akhir bahas sekolah-sekolah menengah Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan S.M. Datuk Sheikh Ahmad, Arau.
  • 14 Oktober 1986 – Satu ajaran sesat yang menyebarkan fahaman bahawa sembahyang Jumaat adalah tidak wajib telah dikesan di Kajang, Selangor.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini