DayOne raih pembiayaan RM15b perkukuh pusat data di Johor 

DayOne raih pembiayaan RM15b perkukuh pusat data di Johor 

DAYONE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Pemaju pusat data berpangkalan di Singapura, DayOne memperoleh pembiayaan tambahan bernilai RM15 bilion (AS$3.67 bilion) daripada konsortium tujuh bank bagi membiayai peluasan operasinya di Malaysia.

Konsortium perbankan berkenaan merangkumi DBS Group, Standard Chartered, CIMB Group Holdings, Maybank, Crédit Agricole CIB, Oversea-Chinese Banking Corp dan United Overseas Bank.

Memetik Reuters, syarikat itu memaklumkan, pembiayaan baharu tersebut terdiri daripada kemudahan pinjaman berjangka luar pesisir berjumlah AS$2.4 bilion (RM9.81 bilion) dan kemudahan Murabahah bernilai RM5.5 bilion.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suntikan dana terbaharu itu menyusuli kemudahan pinjaman bernilai RM15 bilion yang berjaya diperoleh DayOne pada tahun 2025.

“Perolehan modal berkenaan akan digunakan secara khusus untuk meningkatkan kapasiti pusat data hiperskala DayOne di Johor, yang kini muncul sebagai destinasi utama industri pusat data negara,” katanya. 

Mengulas lanjut, peluasan ini berupaya menyokong permintaan perkhidmatan awan dan infrastruktur digital yang semakin berkembang pesat di rantau ini.

Sektor berkenaan terus menerima lonjakan pelaburan susulan kedudukan Malaysia sebagai hab pusat data paling pesat berkembang di Asia Tenggara.

Perkembangan positif itu turut menyaksikan penarikan pelaburan berbilion ringgit daripada gergasi teknologi global termasuk Amazon, Google dan Microsoft.

Langkah ini sekali gus mengukuhkan lagi keupayaan ekosistem teknologi digital negara serta meletakkan Johor di posisi strategik dalam koridor ekonomi serantau.

Ia juga mencerminkan keyakinan berterusan institusi kewangan antarabangsa terhadap daya saing dan kebolehpercayaan pasaran infrastruktur digital Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini