Misi JDT buru tiga mata di Korea Selatan

Misi JDT buru tiga mata di Korea Selatan

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berlatih di Korea Selatan, semalam sebagai persiapan menentang Pohang Steelers dalam saingan Liga Juara-Juarta Asia Elit (ACLE) hari ini. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menuntut pemain mempamer aksi bertenaga dalam misi memburu kemenangan pertama pada saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Pohang Steelers di Stadium Pohang Steel Yard, Pohang, Korea Selatan, hari ini.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu berkata, misi memburu tiga mata itu bukanlah semudah kata setelah pasukan tuan rumah turut memburu kemenangan pertama dalam kejohanan berprestij itu.

Justeru, Munoz berkata, skuad Harimau Selatan perlu bermain dengan bermati-matian bagi memastikan JDT tidak pulang dengan tangan kosong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun dalam pertemuan musim lalu kita berjaya menjinakkan mereka 5-2di Stadium Sultan Ibrahim pada 18 Februari 2025, itu adalah perlawanan berbeza dengan kita mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri.

“Sudah pastinya Pohang Steelers enggan hampa di gelanggang sendiri, jadi pemain perlu beri komitmen penuh dalam tempoh 90 permainan dan tidak boleh memberi ruang kepada sebarang kesilapan.

“Kita menjangkakan satu pertembungan yang sengit, oleh itu kita tak boleh tersilap langkah. Pemain perlu memberi persembahan terbaik dan mencari peluang mencari gol awal,” ujarnya.

Untuk rekod, kelab dari Korea Selatan itu pernah tewaskan Harimau Selatan dua kali iaitu menang 4-1 pada 28 Jun 2021 dan 2-0 pada 1 Julai 2021.

Bekas pengendali Watford FC itu mengesahkan tonggak pertahanan Eddy Israfilov tidak dapat diturunkan kerana penggantungan dua perlawanan selepas dilayangkan kad merah ketika menentang kelab dari Thailand, Buriram United pada aksi 15 September lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini