Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Arab Saudi

Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan menunaikan ibadah umrah buat sementara waktu, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata nasihat itu adalah susulan risiko keselamatan setelah insiden Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dibom pada Sabtu lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terkorban dan 300 cedera.

“Di Makkah masih tidak ada (insiden). Cumanya ada misil yang telah meletup di Riyadh…jadi kita minta supaya rakyat Malaysia elok tangguhkan dahulu perjalanan kita ke sana (Makkah dan Madinah),” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri kebarangkatan pulang Raja Jordan Raja Abdullah II di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Luar melaporkan tiada rakyat Malaysia terkorban atau cedera susulan serangan terbaharu di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan insiden projektil jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, Arab Saudi pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi memaklumkan 12 orang terkorban manakala 309 lagi cedera dalam insiden serangan itu.

Empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat (AS), Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan dilaporkan terkorban. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini