Protes Gen Z ubah New Delhi jadi kubu pertahanan

Protes Gen Z ubah New Delhi jadi kubu pertahanan

ANGGOTA keselamatan New Delhi berkawal menjelang protes CJP bagi menuntut peletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya India, berhampiran India Gate di ibu negara India semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sebahagian kawasan di ibu negara India berubah menjadi kubu pertahanan dengan puluhan ribu anggota keselamatan dikerahkan menjelang protes besar-besaran yang diseru gerakan diterajui Generasi Z (Gen Z) semalam.

Protes anjuran Cockroach Janata Party (CJP), sebuah gerakan satira pimpinan golongan muda, merupakan kemuncak mobilisasi pembangkang selama beberapa minggu berhubung dakwaan salah laku dalam proses semakan daftar pemilih di seluruh negara.

Desakan itu tercetus selepas satu laporan akhbar bulan lalu mendakwa berlaku salah laku oleh Suruhanjaya Pilihan Raya India (ECI) dalam proses semakan daftar pemilih.

Memuatkan artikel berkaitan…

ECI menolak dakwaan berkenaan dan menjelaskan proses yang dikenali sebagai ‘semakan intensif khas’ itu bertujuan menghapuskan nama pemilih berulang serta individu yang tidak layak mengundi.

Bagaimanapun, parti pembangkang dan pengkritik mendakwa proses tersebut berpotensi menafikan hak mengundi sebahagian rakyat, sekali gus memberi kelebihan kepada Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Menjelang demonstrasi itu, polis India menahan ketua gerakan CJP, Abhijeet Dipke, bersama dua lagi pemimpin parti berkenaan ketika mereka berada di dalam pesawat sebelum turun di New Delhi, menurut kenyataan CJP di media sosial.

Polis mengesahkan tidak memberikan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan itu, manakala semua jalan menuju Jantar Mantar, lokasi utama demonstrasi, ditutup menggunakan penghadang besi.

Lebih 30,000 anggota polis dan pasukan separa tentera dikerahkan di ibu negara itu, sementara pihak berkuasa menggesa orang ramai menjauhi kawasan demonstrasi.

Beberapa perkhidmatan kereta api ke New Delhi turut dibatalkan, manakala polis mengarahkan puluhan stesen metro ditutup bagi menghalang penunjuk perasaan daripada berkumpul.

Perkhidmatan internet mudah alih dalam radius empat kilometer dari kawasan protes turut diarahkan digantung dari 9 Oktober hingga petang semalam. 

Demonstrasi itu dilihat sebagai ulangan gerakan mobilisasi besar-besaran pada Julai lalu yang membawa kepada peletakan jawatan menteri pendidikan susulan skandal peperiksaan.

Kali ini, CJP dan penyokongnya menuntut Ketua ECI, Gyanesh Kumar, meletakkan jawatan sebagai membantah dakwaan salah laku dalam proses semakan daftar pemilih itu. – BBC/AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini