Peruntukan RM2.3 bilion bina, selenggara kuarters penjawat awam

Peruntukan RM2.3 bilion bina, selenggara kuarters penjawat awam

BELANJAWAN 2027
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM2.3 billion diperuntukkan bagi membina dan menyelenggara kuarters termasuk untuk polis, doktor, tentera, guru dan bomba.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peranan Bahagian Pengurusan Hartanah turut dinaik taraf kepada Jabatan Hartanah Negara bagi memperkukuh pengurusan perumahan penjawat awam.

“Rumah Keluarga Angkatan Tentera akan dibina di Skudai, Johor, selain kuarters baharu di Depot Tahanan Imigresen Langkap, Perak dan Papar, Sabah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemudahan itu akan memanfaatkan hampir 900 anggota dengan kos lebih RM500 juta,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini