PETALING JAYA: Defisit fiskal 2026 kini diunjur pada 3.6 peratus, berbanding sasaran asal 3.5 peratus ekoran krisis Asia Barat sehingga meningkatkan subsidi bahan api hingga RM40 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun kadar ini kekal dalam jalur menurun daripada 5.5 peratus (2022) dan 3.7 peratus tahun lalu.
“Insya-Allah, defisit 2027 akan turun lagi kepada 3.3 peratus, menuju sasaran 3 peratus menjelang 2028.
“Hasil penurunan defisit dan jumlah hutang baharu yang terkawal membolehkan tahap hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK turun secara konsisten iaitu 65.2 peratus (2025), 64.0 peratus (2026) dan dijangka 63.7 peratus (2027),” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN











