PETALING JAYA: Kerajaan meningkatkan peruntukan untuk menghantar pesakit luar ke hospital lain kepada RM200 juta bagi mengurangkan tempoh menunggu di hospital kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, skop kerjasama akan diperluas merangkumi penggunaan fasilii kesihatan swasta termasuk dewan bedah oleh sektor awam.
“Aturan sessional kepada pakar kerajaan yang bersara dan pakar swasta yang lebih anjal dengan tempoh maksimum ditingkatkan.
“Skop program diperluaskan meliputi Expanded Newborn Screening, Prenatal Genetic Testing dan rehabilitasi,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melabur RM1 bilion untuk terus mempergiatkan pelaksanaan projek Sistem Rekod Perubatan Elektronik di fasiliti kesihatan seluruh negara. –UTUSAN











