KUALA LUMPUR: Sebuah asrama khas dengan 100 tempat akan dibangunkan oleh kerajaan untuk pelajar Orang Asli yang menghadapi kesukaran untuk melakukan perjalanan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jabatan Kemajuan Orang Asli akan diperuntukkan RM445 juta.
Beliau berkata, ia termasuk bagi melaksanakan projek penanaman semula di Pos Poi, Sungai Siput, Perak serta pembinaan tabika Orang Asli di Kampung Angkek dan Pos Belatim, Gua Musang, Kelantan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kerajaan bersetuju membina asrama khas dengan 100 tempat untuk mereka,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. –UTUSAN











