KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempat menyapa dan bermesra dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin di pekarangan lobi Dewan Rakyat, hari ini.
Pertemuan ringkas itu berlaku sebelum pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.
Zahid dilihat mengenakan baju Melayu berwarna biru, manakala Hamzah pula tampil dengan blazer ketika kedua-duanya bertemu di lobi Parlimen.
Memuatkan artikel berkaitan…
Interaksi mesra antara kedua-dua pemimpin itu turut mencuri perhatian menjelang pembentangan belanjawan tahunan berkenaan. –UTUSAN










