ASAM pedas cukup sinonim dengan ikan pari, tenggiri, merah dan kembung.
Namun, ikan siakap juga tidak kurang enaknya apabila digunakan bagi penyediaan sajian ini.
Ketika memasak, elakkan mengacau kuah terlalu kuat supaya filet kekal elok sehingga siap dihidangkan.
Bahan-bahas pes:
• 500 gram cili kering (direndam dan toskan)
• 60 gram belacan
• 280 gram serai
• 50 gram kunyit hidup
• 30 gram jintan manis
• 30 gram jintan putih
• 1 kilogram bawang besar Bombay
• 100 gram bawang putih
• 100 gram daun kesum (dihiris halus)
• 200 gram bunga kantan (dihiris halus)
• 300 mililiter minyak masak
• 300 mililiter atasu secukupnya air
Cara penyediaan pes:
• Kisar cili kering, belacan, serai, kunyit, jintan manis, jintan putih, bawang besar dan bawang putih bersama air sehingga halus.
• Panaskan 300 militer minyak di dalam periuk. Masak bahan kisar dengan api sederhana perlahan kira-kira 30 minit sehingga harum, pekat dan pecah minyak.
• Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Masak lagi selama 3 hingga 5 minit. Sejukkan dan bahagikan pes kepada kira-kira 50 gram bagi setiap hidangan.
Bahan-bahan asam pedas:
• 100 gram filet ikan siakap
• 50 gram pes asam pedas
• 180 mililiter air
• 30 mililiter air asam jawa pekat
• 15 mililiter minyak masak
• Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan sampingan:
• Nasi putih
• 50 gram acar jelatah
• 30 gram tomato
• 30 gram daun salad
Cara penyediaan asam pedas:
• Panaskan 15 mililiter minyak dan tumis pes asam pedas selama 2 hingga 3 minit.
• Masukkan air dan air asam jawa. Reneh selama 5 minit sehingga kuah sebati.
• Masukkan filet ikan siakap dan reneh perlahan selama 6 hingga 8 minit, atau sehingga ikan masak sepenuhnya. Perasakan dengan garam dan gula.
• Hidangkan bersama nasi putih, acar jelatah, daun salad dan tomato.
Catatan cef:
• Masukkan ikan selepas kuah mula mereneh dan elakkan mengacau terlalu kuat supaya filet tidak pecah.
• Laraskan air asam jawa mengikut tahap masam yang dikehendaki.
Terima kasih : Ketua Cef, Mohd. Faizal Abdul Ghani
Lokasi : Temple Tree Resort Langkawi











