PSA terus perkasa kebolehpasaran graduan tvet untuk industri elektronik perubatan

PSA terus perkasa kebolehpasaran graduan tvet untuk industri elektronik perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) melangkah ke hadapan dalam memperkukuh agenda kebolehpasaran graduan TVET menerusi penganjuran Strive Talent Empowerment Programme 2026 (STEP 2026) yang bertemakan “Emerging Technologies in Medical Electronics Industry”.

Memuatkan artikel berkaitan…

Program strategik ini berfungsi sebagai platform holistik dalam mendedahkan pelajar kepada perkembangan teknologi terkini dalam sektor elektronik perubatan, di samping memberikan kefahaman mendalam mengenai kompetensi, kemahiran, dan jangkaan sebenar pasaran kerja.

STEP 2026 menjadi titik pertemuan penting yang menghimpunkan rakan industri, institusi akademik, agensi berkaitan, serta alumni bagi membincangkan transformasi industri dan keperluan bakat masa hadapan.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Kementerian Ekonomi, Che Rahim Daud.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa inisiatif seperti STEP 2026 merupakan gerak kerja nyata di peringkat institusi yang menterjemahkan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) daripada peringkat dasar kepada bentuk tindakan.

“Dalam kerangka RMK13, negara menyasarkan pembentukan tenaga kerja tempatan yang adaptif, berdaya saing, serta bersedia menerajui industri berteraskan High Growth High Value (HGHV).

“Kerajaan beraspirasi memastikan setiap graduan TVET tempatan bukan sahaja ‘job-ready’, malah ‘future-ready’ hasil kerjasama strategik berterusan antara institusi pendidikan dan pemain industri,” kata Che Rahim.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian utama telah dilaksanakan bagi memperkasa pelajar dan jaringan institusi.

Pendedahan kepada teknologi masa hadapan, pemindahan kepakaran, serta bimbingan industri berupaya membentuk graduan TVET yang berkeyakinan, adaptif, dan berdaya saing.

Langkah ini juga berupaya mengatasi masalah ketidakpadanan kemahiran (mismatch) serta menyokong aspirasi negara untuk menyediakan peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada bakat tempatan.

Melalui komitmen dalam memperkasa bakat dan mencorak masa depan, PSA memastikan pendidikan TVET kekal relevan, responsif, dan sentiasa berada di hadapan seiring dengan perkembangan pesat industri semasa yang bertepatan dengan tema penganjuran program kali ini iaitu Memperkasa Bakat, Mencorak Masa Depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini