Nazir Hussin persoal tindakan, sitaan SPRM

Tindakan sitaan SPRM dipertikai

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar mempertikai tindakan dan sitaan terhadap pelbagai kenderaan mewahnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memuatkan artikel berkaitan…

Sitaan itu dipercayaai berkaitan siasatan kes penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM10 juta dipersoalkan.

Katanya, SPRM berada di kediamannya selama 12 jam bermula kira-kira pukul 6.30 pagi.

Beliau berkata, kediamannya digeledah dan beberapa kenderaan termasuk kereta serta motosikal turut disita atas alasan terdapat penyelewengan dana YBR berjumlah RM10 juta.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya mempertikaikan tindakan dan cara penyitaan tersebut yang pada pandangan saya merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa.

“Untuk rekod, kertas siasatan berkaitan isu ini pernah dibuka kira-kira empat tahun lalu. Pihak SPRM telah menjalankan siasatan dan pada ketika itu, saya difahamkan tiada salah laku atau penyelewengan berkaitan perkara tersebut dikenal pasti pada tahun 2022,” katanya ketika sidang media di Jalan Dutamas 1, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini